Wednesday, May 06, 2009

INSTINCT....

Assalamualaikum...

050509

Tengahari tadi T makan roti dan minum air susu aje.. Sebelah malam g dinner kat Batu Satu... T makan Mee Hoon Tomyam.....


B dan anak-anak makan Nasi ngan Telur Dadar, Sup Ekor dan Tom Yam Campur...


Sebelum makan tadi, g Butik Anakku jap.. Belikan baju untuk anak kawan T dan jugak baju Adib.. Baju Nur tak beli.. Abahnya kata tak berkenan...

Adib punya..

Ini untuk anak kawan T...

060509

Pas amik anak-anak kat Kelas Q-fa, amik Ma dan Abah dekat Maybank... Diaorang datang ke Temerloh hari ni... Kemudian singgah minum di restoran mamak....
Ma dan Abah makan Capati..

Selera besar anak-anak T.. Diaorang dok makan ni tadi..

T makan Roti Canai + Teh Ais...

Selepas itu balik ke rumah, tunggu anak-anak bersiap ke sekolah.. Dan, T ke hospital melawat Kak Long dan Adam..



Adam dan Kak Ngahnya...

Sebelum balik ke rumah, singgah minum di cafe hospital.. Dan singgah di kedai buku.. Beli majalah nie...


T nak sentuh pasal instinct.. Emm.. Naluri.. Pernah tak u ols terfikir sesuatu benda atau pada seseorang.. Dan tiba-tiba benda atau orang itu muncul di hadapan u ols?.. Gerak hati.. Intuition.. T dah banyak kali mengalami keadaan ini.. Contoh bila T mimpikan seseorang.. Tak lama selepas itu T akan bertemu dengan orang yang dimimpikan... Lagi bila T terfikir.. "Eh.. Dah lama aku tak dengar pasal orang itu.. Orang ini.. " dan tak lama selepas itu.. Dengarlah kabar berita daripada mereka.. Macam 2 hari yang lepas.. T ada mimpikan seseorang.. Dan di hospital tadi.. T telah menemuinya!! Padahal sebelum itu tak terlintas langsung atau tak teringat pun padanya.. Tapi kadang-kadang tu kalau T teringatkan sesiapa sebelum tidur, memang pastilah orang yang T ingat tu akan muncul dalam mimpi tu.. Macam malam tadi, T ada berbual ngan Kak Azueriena FP tanya pasal resort di Pulau Perhentian.. Dan masa tidur tu .. Apalagi.. Termimpilah pada Kak Azue!!.. Hehehe... Oh ya!! Siapa yang T jumpa kat hospital tadi tak perlulah T ceritakan di sini.. Biarlah rahsia.. :-O Tapi itulah.. Keadaan yang berlaku ini membuatkan T akan tersenyum sendirian.. :-)
Esok .. Insya Allah.. Plan nak ke Pulau Perhentian.. Esok, 070509 cuti Hari Hol di Pahang.. Hari Jumaat, 080509 adalah birthday my hubby yang ke 38.... Kira terus cuti sampai Sabtu dan Ahad.. Itu cuma perancangan saja.. Ada rezeki.. Sampailah kami ke sana..

13 comments:

mountdweller said...

Salam T.

Yang uncle nampak hanya lauk dan air saja. Uncle telan air liur!

Linda Latip said...

hi T..ehe mesti kelaparan klu buke blog T..dgn foodnye sume..ehe eh nk g perhentian? bestnye..kami nk gak ke sana..tp masa tk mengijinkan..naty jgn lupe up gbr dn info gak.mn tau leh rancang2 dr info T tu hehe..hv a nice holiday!

aD said...

salam puan T,
ingat la kat ad pulak
mana tau sok lusa kita jumpa
:)

.:nhalilah:. said...

kak ti.. bestnyer nak pi coti2 mesia.. kat pulau perhentian pulak tuh.. so far saya belum pernah bercuti di mana2 pulau.. maybe hv to plan someday.. tunggu baby besau skit.. hehehe..

ai said...

oiiiiii!! geramnye aku tengok budak kecik tu..musti sedap je bau dia!! huhuhu

neezareef said...

comel je bb..
mihun tomyam tu menyelerakan la T

anakku skang tgh sale kan

~~ciklinn~~ said...

tie bestkan tgok baby...linn pun baru dapat ank buah yg baru.... habiss dia linn picit2 cium2..

wah mimpi jumpa kak zue ka? bila nak mimpi jumpa linn lak nie...

mysha said...

akAK bihun tu pebREt sha tuh....

amBOi lebAT bukan meN ramBOt baBy tuh...

akaK caMner ek nak wat tELor mcm kaT keDAI tuh gebu2...akAK kan panDAI masAK....

MindHeartBodySoul said...

Salam Ti,

mana ekor nya kat dalam sup tuh?

semoga dilipat-kali gandakan pemberian T kpd kawan T.

Semoga diperluaskan rezeki.

☆ lieya latif ☆ said...

meriah tul aktiviti akak...yg tak tahan tgk makanan2 tu....hu hu hu...leh hancus iman tgk menu2 akak ni he hehe

**happy mother's day kak ti**

iezah azizam said...

T.. Selamat ari ibuuu......

sedapnya makanan tuuuuu....ah lama x makan tomyam...

D.O.U.B.L.E...S said...

singah umah t nie mesti jadi laponye..

Puan Iza said...

selamat hari ibu kak T...

blog kak t nie kalo tak der pic makanan mmg tak sah lah :-)

THE ONE AND ONLY

ABOUT ME

My photo
Temerloh, Pahang, Malaysia
seorang yang simple dalam menjalani kehidupan seharian..

MY BLOG DESCRIPTION

Sekadar meluahkan apa saja yang terbuku di hati dan yang terlintas di fikiran.. Apa saja pandangan atau pendapat adalah mengikut kefahaman saya atau peredaran semasa ketika itu.. Saya tidak mengharapkan kalian bersetuju dengan pendapat saya semata-mata.. Kita berhak mengeluarkan pendapat masing-masing.. Bukan begitu? Saya tidak akan sesekali membiarkan mana-mana bloggers mengutuk, menghina atau yang sewaktu dengannya terhadap saya di sini.. Saya bertanggungjawab sepenuhnya terhadap semua corak penulisan dan gambar-gambar yang disiarkan di blog ini.. Hak cipta terpelihara sepenuhnya.. .. Harap maklum... Terima Kasih..

BORAKS

MY BLOG LIST

MY FOLLOWERS

MY PRECIOUS.....

MY PRECIOUS.....