Sunday, March 08, 2009

SETELAH 15....





















Assalamualaikum...

Sebenarnya plan nak ke Taman Negara dari semalam lagi.. Tapi disebabkan B dok ngajak abangnya yang dok kat Selayang join kami sekali.. Maka hari ini sajalah kami bertolak ke Taman Negara.. Menunggukan abangnya pulak dari sana.. Tetiba B bagi idea dok ngajak kami semua jenjalan ke sana.. Oh! Sungguh teruja rasa di hati.. Setelah 15 tahun tu.. Kali pertama T ke sana adalah pada tahun 1994.. Selepas PMR.. Bersama rombongan sekolah.. Ada T hantar artikel T ke sana kat Majalah REMAJA.. Artikel tu kuar pada keluaran 1 April 1995. T dapat ramai kenalan melalui artikel tu sebab alamat rumah T ada tersiar sama.. Memang seronok bila melihat artikel T menjadi paparan di ruangan XPDC... Tak sabar-sabar nak mengulangi keseronokkan yang T rasakan selama berada di Taman Negara pada hari ini.. Insya Allah..

Sebelah pagi, T dan Biras kuar membeli sarapan berdekatan dengan rumah T.. Sebaik kami sampai ke rumah semula, family Abang Ipar T dari Selayang pun dah tiba di rumah.. Dalam pukul 9.00 pagi gitu... Siap-siap makan dan sediakan rempah untuk diperap pada 3 ekor ayam, kami pun berkemas-kemas dan terus bertolak ke Taman Negara.. Singgah tengah jalan beli Kuih Akok dan Buah Rambutan untuk dibuat bekalan sepanjang perjalanan... Kami semua mengambil masa selama 2 jam daripada Temerloh untuk sampai di Kampung Kuala Tahan melalui jalan darat.. Semasa mengikuti rombongan pada tahun 1994 dulu, kami mengikuti jalan air.. Menaiki perahu di Kuala Tembeling.. Aduh! Indahnya saat-saat itu bila dikenang-kenang kembali..

Alhamdulillah.. Kami selamat sampai di Kuala Tahan pada pukul 1.00 tengahari.. Check in hotel dulu.. Kami stay di Woodland Resort.. http://www.woodland.com.my/

B tempah 3 buah bilik.. Masuk ke bilik, dok rehat-rehat dan kemudian kami keluar ramai-ramai untuk lunch. Makan kat sini.. Kalau tak order dulu.. Memang payahlah dok melilau sana-sini.. Itupun kami dah pusing cari makanan di 4 buah kedai makan.. Siut betul! Berjalan dalam tengah panas terik tukan? Heheehe.. Tak pelah.. Buat pengajaran dan menambahkan pengalaman.. Yang Ado!! Untuk lunch, kami order menu yang serupa.. Nasi Goreng Pattaya Bodoh-Bodoh Gitu.. Dan jugak air-air untuk penghilang dahaga.. Adib lak tak makan nasi, dia order Burger.. Abang Ipar T dok bayar harga makanan for lunch.. RM100 keluar untuk lunch tadi.. Makanan agak mahallah.. Tapi nak buat macam mana?? Ngikutkan ajelah.. Kalau tak nak makan sebab makanan mahal.. Silalah dok berlapar ye! Hehehehe...

Selepas makan-makan, kami semua balik ke bilik dan berehat.. Selepas itu kami ke kolam mandi.. T dok tengok aje diaorang mandi.. T tak mandi pun.. Dok tepi kolam ambil gambar diaorang jer.. Dalam pukul 5.30 petang.. Kami keluar kononnya nak menyeberang ke Taman Negara.. Tapi memandangkan hari hujan dan masa pun dah agak suntuk.. Jadi tiada sebab untuk kami menyeberang ke sanakan?? Alih-alih kami dok shopping aje di kedai-kedai cenderahati yang berhampiran..

Siap shopping, kami pulang ke hotel.. Layan dok di lobi sekejap dan dalam pukul 7.00 malam kami masuk ke dalam bilik.. Sebelah malam untuk makan, T dah bawa seperiuk besar nasi daripada rumah... Anak-anak sedara lak dok membakar ayam yang sudah diperap tadi.. Hujan pulak turun renyai-renyai... Siap makan, borak-borak.. Kami pun pulang ke bilik masing-masing.. Layan tengok cite di STAR MOVIES dan tengok LCW dok main badminton.. Aduhai! Macam malas je tengok dia dok main.. LD ngan dia macam tak ada beza.. Permainan nampak seimbang saja.. Tapi mungkin dah jadik rezeki LD malam nie.. Nampak riak kecewa di raut wajah LCWkan??

Hari ini juga merupakan hari ulangtahun ke 17, anak saudara T, MUHAMMAD MUZAMIR MUIZ @ AMIRUL.... Makcik doakan Amirul terus dilanjutkan usia, dimurahkan rezeki dan menjadi anak yang soleh kepada Mama ye! Belajar baik-baik tau! Makcik sayang Amirul tau! Muah! Muah!

6 comments:

CoNniE said...

woww.. best lah tmpt nie... tak pernah smp lagi kat situ lagi... nk kena pegi coti2 nih...

dana said...

hehehhe....

betul kak dana mmg kaki mkn.... hheheh bile lah dana nk kurus gak nyer... :)

tgn dana tak lah berseni sgt kak oi... adalah skit2..... heheheh

Iezah Azizam said...

alamak sori dah tersalah hantar... :)

pepe pun salam kenal.... :)

iezah azizam said...

waaa... saya ni nama je dok pahang dulu, x pbh sampai pun taman negara, saya memang syka adventure2 ni.... tp dpt somi yang x minat dgn kita2 tepaksa lupakan niat nak masuk mana2 utan, nak panjat mana2 gunung.... huhuhuhu....

KK tu kuala krau ke T? almaklumla kalau sbt KK mesti ingat kota kinabalu.... hehehehhe

izza-ibu syahmi syaqira said...

meriah blog t dgn masakan yg menyelerakan.. slm perkenalan dr izza sefamily.. :)

noey.rania said...

best nyerr tempat tu bila lerr agaknya noi nak g sana huhuhuhu
jauh kt seberang sana

THE ONE AND ONLY

ABOUT ME

My photo
Temerloh, Pahang, Malaysia
seorang yang simple dalam menjalani kehidupan seharian..

MY BLOG DESCRIPTION

Sekadar meluahkan apa saja yang terbuku di hati dan yang terlintas di fikiran.. Apa saja pandangan atau pendapat adalah mengikut kefahaman saya atau peredaran semasa ketika itu.. Saya tidak mengharapkan kalian bersetuju dengan pendapat saya semata-mata.. Kita berhak mengeluarkan pendapat masing-masing.. Bukan begitu? Saya tidak akan sesekali membiarkan mana-mana bloggers mengutuk, menghina atau yang sewaktu dengannya terhadap saya di sini.. Saya bertanggungjawab sepenuhnya terhadap semua corak penulisan dan gambar-gambar yang disiarkan di blog ini.. Hak cipta terpelihara sepenuhnya.. .. Harap maklum... Terima Kasih..

BORAKS

MY BLOG LIST

MY FOLLOWERS

MY PRECIOUS.....

MY PRECIOUS.....