Friday, March 27, 2009

SEDIH....

Assalamualaikum....

26/03/2009

Selepas mengambil anak-anak daripada Kelas Q-Fa, singgah makan dulu di kedai berhampiran rumah....

Then singgah di rumah Kak Long.. Sembang-sembang... Borak-borak sat...

3 Sekawan... Adib, Apiq dan Nur... Nur darjah 1, Apiq darjah 2 dan Adib darjah 3.. Hehehee..

Kat umah Kak Long tadi dah makan donut.. Ni Kak Long bagi skit lagi.. Donut ni Abang Long T yang buatkan...

Hujan selebat-lebatnya petang ni... View dari dalam rumah T ke luar....

Layan makan kepek sambil baca majalah...

Anak-anak bawa balik buku rekod daripada sekolah tadi.. Ini keputusan daripada buku rekod Nur..
Keputusan ujian sebelum cuti sekolah baru nie.. Bahasa Arab Nur dapat 100% tapi cikgu dia tak tulis pun dalam buku nie...

Nur dapat No. 2 di dalam kelasnya!!.. Ada 34 pelajar di dalam kelasnya tu.... Tahniah sayang!! Ummi bangga sangat dengan Nur!!.. Last exam masa tadika dulu dia dapat no 8 daripada 10 pelajar yang berumur 6 tahun.. Bolehlah dikatakan keputusan ujian kali ini.. Ada peningkatannya... Ummi happy sangat!!

Semoga Nur terus berjaya mendapatkan markah-markah yang baik pada ujian-ujian yang akan datang ye!!..

Ini pulak buku rekod anak bujangku itu!!.... Adib oh Adib!!

Tengoklah markah-markah dia ni!! (Baca dalam intonasi geram dan marah ok!! Sambil mengetap-ngetap bibir dan gigi lagi bagus!!) T sangat sedih tau!!

Kedudukannya di dalam kelas ialah No. 28 daripada 36 pelajar yang lain.. Aiyo!! Ramainya budak-budak lain yang cerdik pandai daripada anak bujangku ini!! Huhu..... :( Memang payah nak bersaing kalau duduk dalam kelas no 1 yang mana semua pelajar di dalamnya bijak pandai belaka.. Memangla kalau bab mencari alasan tu.. Beribu alasan boleh dicari.. Tapi itulah.. Salah satu faktornya kenapa keputusan Adib semakin hari semakin teruk.. Nampak gayanya Ummi dia kena push dia lagi ni.. Tak boleh biar keadaannya berterusan begini.. Sesuatu harus dilakukan dengan segera kalau T nak anak T berjaya dan terus berjaya!! Nak marahkan dia pun tak guna jugak... Dia kata dia dah jawab sebaik mungkin.. Confident level tu tinggi!! Cikgu dia kata dia boleh cuma dia terburu-buru nak menjawab soalan.. Dalam kelas pun dia aktif.. Sampai kawan-kawan dan cikgu gelarnya "Hagemaru".. Alahai anak Ummi.. Nak jadi pak lawak agaknya dia ni.. Memang dia suka melawak pun.. Manja pun sama.. Ini Ummi hukum dia tak boleh tengok tv selama sebulan.. Errr.. Berjaya ke tak tu tak tahulah ye!!.. :(

Apa-apa pun... Ummi berharap.. Adib lebih peka dan berusaha lebih lagi kalau nak dapat keputusan ujian/peperiksaan yang lebih baik daripada yang Adib dapat hari ini.. Doa Ummi tak putus-putus untuk kejayaan anak Ummi ni!! .. Dan untuk Nur jugak...

Ini pulak keputusan ujian/peperiksaan Adib sepanjang dia berada di Tahun 2.. Tahun 2 pun duduk di kelas no 1...




Ini pula keputusan ujian/peperiksaan selama Adib berada di Tahun 1..... Jugak di kelas no 1..


For dinner, Adib dan Abahnya makan Nasi dan Sup Tulang...

Ummi lak kongsi Mee Hoon Soto Ayam ni dengan Nur... Sebelah petang kenyang dah makan Roti Bakar + Air Kopi 'O'...

27/03/2009
Tadi T g cuci gigi di Klinik Pergigian Shahar.. Rawatannya selama 30 minit dan bayarannya pulak RM70.. Doktor bagi Dental Floss ni.. Untuk rawatan susulan sendiri.. 2 tahun lagi buat temu janji ngan doktor.. Cuci gigi setiap 2 tahun sekali ok!!.. Agar gigi sihat, putih, bersih dan bau mulut bernafas lebih segar.. Ceh!! Ayat yang Ado!!


SELAMAT BERHUJUNG MINGGU!! HAVE A GREAT WEEKEND!!

18 comments:

~~ciklinn~~ said...

takper tie byk masa lagi utk adib.... yg penting kita selalu tgok2 kan pelajaran dier.. budak lelaki mmg camtu kurang tumpuan sikit... husebn lin ckp kat sek budak lelaki nak tgok perkembangan dia lepas darjah 3....

tie lauk yg 1 tu kan linn nampak sayur hijau tu..itu yg sayur kayu msak tempoyak tu yer....

Anna said...

hi T..first time masuk blog u..sedapnyer sup tulang tu..gi temerloh nak cari la..

atty's said...

tahniah utk nur..bijak sungguh anakdara nie untie tumpang bangga jugak..

for adib..takpe..ade masa lagi..

☆ lieya latif ☆ said...

tahniah buat nur, buat adib pun....takpe kakti, kire bagus jugak result die tu....kak ti kene bagi perhatian lebih sikit kat die...insyaallah die boleh tu.....ape2 pun tahniah, kirenye kakti berjaya didik dieorg ngan baik....

wah rajin kakti gi jumpe dentist, lieya ni cam budak2....penakut!!!! he he he

en_me said...

fandainyerrr.. moga terus cemerlang ghitewww..

Tink said...

adoh kecurrr tengok Mee Hoon Soto Ayam ituk!

ZaiY said...

congrats utk nur, moga kejayaan nur ni akan berterusan dan menjadi cabaran buat abgnya. baguslah T, sbb ambil berat ttg pelajaran anak2. Untuk adib, boleh buat latih tubi di rumah, insyaallah boleh cover balik apa yg kurang tu ye..

mountdweller said...

Salam T.

Biasalah anak-anak. Ada masa naik ada masa turun. Tapi ingat satu aja buat ibu bapa "MOTIVASI". Biarkan apa kita nasihatkan melekat di minda mereka.

Uncle teringatkan satu poster besar yang anak kedua uncle tampal di biliknya semasa dia dalam tingkatan 2. Poster berbunyi. "SAYA BERJANJI PADA DIRI SAYA, SAYA TIDAK AKAN MENGECEWAKAN PAPA DAN MAMA".

Tergenang air mata bangga bila melihat poster itu dan alhamdulillah kedua-dua anak uncle tidak mengecewakan uncle.

ai said...

Cerdik-cerdik anak kau T! Mmg banggakan bila anak dpt keputusan cemerlang camtu. Wei T, cam adib tu kan..jgn kau nk compare ngan kedudukan dlm kelas tau. Tengok percent dia dah cukup. Tu pon dah kira cemerlang gak tu T. Cam skolah along la..bebudak sume cerdik2. Skolah bestari. Mmg peratus antara pelajar tu tak banyak beza pon. Yg penting, anak2 cerdik. Syukurrrrrrrr...

Tahniah utk anak2 kau yg comel + cerdik tu.. muahhhhh ;)

Emy Omar said...

Ruzi,jangan stress ok,ada kanak2 lelaki ni diaorang lambat matang sikit compare to girl..jangan risau,yang penting ruzi bimbing dia mula dari sekarang..kat sekolah tu ada juge budak2 ni yang masa kat level 1 perform tak bagus tapi naik level 2 ok je..insyallah usaha lagi ye

jeff said...

>> yang penting teruskan usaha...
>> insyaAllah...

Zanna_MamaBatrice said...

kak tie jangan ler sedih2...
insya allah, adib pun akan berjaya...terlalu awal untuk menilai kejayaan dia tu kak tie..
kedudukan dlm kelas tu x berapa penting...yg penting % dia tak lari jauh dari bebudak yg lain...yelah, kelas no 1......sumer budak2 bijak....

xpe....lepas nie kak tie
bg xtra perhatian @ adib...also nur.....
insya allah, anak2 kak tie berjaya nanti......

zana x sempat nak email lagi..insya allah by today zana try yerk kak tie....ampun...

noey.rania said...

tahniah tul anak t
adus sedap nyerr sup tulang ngan mee soto ayam tu nyam..nyamm nak g makan lah pas ni hehehe....

neezareef said...

n3 T ni sbg reminder..sy pn dok telupa je nk g set appt nk cuci gg

Sofea said...

T jgn ar sedih..jgn terlalu nak stress kan budak2 tu..dia org pun ade pencapaian dia org sendiri...setiap budak tu lain and they all special and has their own unique ways... cam abang sofea sendiri time kat sek rendah n men dulU..semuanye markah merah jer...jrg biru..skrg da abis blejar da ade degree g ..keje architect kat KL..so jgn r risau..each of them is special and let them grow in their own ways..as long as kite kena didik n motivate dia selalu tuk berjaya n maju.. jgn risau2 tau !!!

aimi @ kamalina said...

T jgn sedih2.... saya faham camna T rasa.... kdg2 bdk2 ni nak kena "jatuh" dulu sebelum dia bgn semula... INsyaAllah pas ni Adib mesti akan berusaha lagi..

tapi betul ke T nak hukum dia tak blh tgk tv sebulan?? ishh..lama tu T...rasanya kalau seminggu pun dah cukup utk mengajar dia..takut dia down je nanti... tak pun T try limitkan time dia tgk tv... @ programkan certain channel (buat password supaya dia tak blh tgk, ni kalau T subscribe cartoon channel la)..mcm saya mmg tak amik cartoon channel, cukup dgn ceria je..tupun dah ketagih mcm apa je diorang ni..

Apa2 pun TAHNIAH utk Nur & usaha lagi utk Adib..auntie tau Adib bloh buat...

Linda Latip said...

ha ah la tie, insya Allah blh improve lg..yg penting KERJASAMA.eh silap plak hahaha..yg penting kna beri phatian la kan..kdg² terlebih pn die jd lain gak..bg cukup² la camtu hehe...

Adib study smart ye..kasik ummi proud!

Management Consultant said...

SPM akan datang boleh dapay 20A's, doa...

THE ONE AND ONLY

ABOUT ME

My photo
Temerloh, Pahang, Malaysia
seorang yang simple dalam menjalani kehidupan seharian..

MY BLOG DESCRIPTION

Sekadar meluahkan apa saja yang terbuku di hati dan yang terlintas di fikiran.. Apa saja pandangan atau pendapat adalah mengikut kefahaman saya atau peredaran semasa ketika itu.. Saya tidak mengharapkan kalian bersetuju dengan pendapat saya semata-mata.. Kita berhak mengeluarkan pendapat masing-masing.. Bukan begitu? Saya tidak akan sesekali membiarkan mana-mana bloggers mengutuk, menghina atau yang sewaktu dengannya terhadap saya di sini.. Saya bertanggungjawab sepenuhnya terhadap semua corak penulisan dan gambar-gambar yang disiarkan di blog ini.. Hak cipta terpelihara sepenuhnya.. .. Harap maklum... Terima Kasih..

BORAKS

MY BLOG LIST

MY FOLLOWERS

MY PRECIOUS.....

MY PRECIOUS.....