Friday, February 27, 2009

MY DEAR BLOG....

Assalamualaikum....

Sejurus selepas mengambil anak-anak dari kelas mengaji, T singgah ke kedai.. Beli bahan-bahan untuk dimasak for lunch.. Jugak beli beberapa majalah bulan MAC....

Tak lupa beli gak roti-roti yang sungguh sedap rasanya nie....
T sediakan Buah Tembikai, buat Air Sunquick, ada Kacang Botol, Ikan Goreng dan Budu...
T masak jugak Kurma Telur.. Dan..

Sambal Ayam...

Sudah siap terhidang....

Hari ini ada lagi tetamu yang datang bertandang.. Tu yang T dok masak banyak-banyak nie... Ma, Abang Long, Kak Long, Kak Na, Anak Saudara T, Anis dan Hafiz dan Adik T, Asmidar ..... Abah dan Amirul ada di Kuala Krau... Tak ikut sekali ke Temerloh... Amirul dok jaga Atuk dia kat sana..

Amboi! Macam-macam posing tue.... Perangai kami adik-beradik tak ada protokol manala... Semuanya kepala giler-giler...

Sempat beli barang-barang ini dengan Kak Na ... Produk ni memang popular sangat kat area Sg. Petani, Kulim... Dan kawasan-kawasan berdekatannya..


Hari ni, B g KL.. Petang karang kena g amik anak-anak kat SKJB... Ni baru ada masa nak mengupload gambar.. Diaorang dah balik dah dekat sejam tadi.. Jap lagi kalau sempat T g round ke rumah kawan-kawan pulak.. Rajin u ols singgah ke blog T.. Terima Kasih banyak-banyak!!

SELAMAT BERHUJUNG MINGGU.. HAVE A GREAT WEEKEND OK!! TQVM....

9 comments:

aimi @ kamalina said...

T, rajin betul beli majalah...pastu byknya beli roti...blh habis ke tu??? saya kalau beli, mesti 1 jenis je.... kalau beli byk2 cam tu, confirm tak habis...

re: a'ah...hubby nak buka kedai masakan panas kat area jln bahagia..kalau kluar ikut jln belakang TJ, nanti kan ada jumpa KS mini mart kat tmn muhibbah tu, kat hujung belah sana tgh nak buat... perasan tak??? kalau perasan, kat situlaa.. :D

lieya_latif said...

meriah betul umah kak t....seronok makan ramai2 kan...tak sedar2 dok bercerita, tgk2 dah berpinggan2 tambah....hi hi hi hi

kalo laa lieya ni dok sebelah umah kak t, ari2 lieya dtg tumpang makan ngan bace majalah hahaahahaha (nasib baik kak t tak dpt jiran cam lieya ni, buek ngabih boreh jek) hik hik hik

sofeaann said...

waaa... byk majalah..jgn lupe simpan resit..leh tolak income tax ni..!!hahhahahha!!!

eya said...

x penah lak kite tgk roti2 gardenia pelbgai jenis tu kak t..sdp ke?

linda said...

alahai...banyaknya memasak t ni. pelbagai plak tu menunya... bagus..bagus... linda slalu ilang idea bila nak masak.... lagik best kalau kita masak orang lain abiskan makan kan...

eeramaya said...

wah..meriah gitewww.. memang sonot sekali-sekala family dtg umah kan.. rajin betol t ni masak..

ha ah kan lieya, kalu berjiran ngan t ni, hari-hari tumpang makan..hehe

Linda Latip said...

weh menmcm mskan lah..sedapnye..rajin sggh..ha betul³, roti butterscotch tu klu kat umh ni tk smpi sehari dh abis..padahl umah ni ade 3 perut je..punye la bes..ehe

Opie said...

sedapnye kurma telur..lame dah tak makan...rase cam nak masak kurma telur la esok..hihihi

Anonymous said...

Kegoingedia
[url=http://healthplusrx.com/burns]burns[/url]
Dewwrottpoini

THE ONE AND ONLY

ABOUT ME

My photo
Temerloh, Pahang, Malaysia
seorang yang simple dalam menjalani kehidupan seharian..

MY BLOG DESCRIPTION

Sekadar meluahkan apa saja yang terbuku di hati dan yang terlintas di fikiran.. Apa saja pandangan atau pendapat adalah mengikut kefahaman saya atau peredaran semasa ketika itu.. Saya tidak mengharapkan kalian bersetuju dengan pendapat saya semata-mata.. Kita berhak mengeluarkan pendapat masing-masing.. Bukan begitu? Saya tidak akan sesekali membiarkan mana-mana bloggers mengutuk, menghina atau yang sewaktu dengannya terhadap saya di sini.. Saya bertanggungjawab sepenuhnya terhadap semua corak penulisan dan gambar-gambar yang disiarkan di blog ini.. Hak cipta terpelihara sepenuhnya.. .. Harap maklum... Terima Kasih..

BORAKS

MY BLOG LIST

MY FOLLOWERS

MY PRECIOUS.....

MY PRECIOUS.....