Saturday, February 21, 2009

MY DEAR BLOG.....

Assalamualaikum....

Pagi ni selepas bersarapan, kami singgah di Temerloh sekejap.. Beli Ikan Patin dan Ikan Tilapia untuk buah tangan kepada orang-orang di KL....

Sarapan Nasi Berlauk Kak Ani pagi nie..

Singgah beli Ikan Patin dan Ikan Tilapia....


Kami singgah di Gombak.. Sg. Tua... Rumah Sepupu T, Kak Zubaidah dan Abang Shahrel.....

Kak Zubaidah dah siap masak Gulai Ayam Masak Lemak Cili Api, Ikan Tenggiri Goreng, Ayam Sambal, Sayur Goreng dan Sambal Udang... Sedap sekali.. Yummy!! Tq Kak Zu...
Syok makan ramai-ramai gini..
Sempatlah posing-posing sat sebelum balik....

Kak Long T, Kak Zubaidah, Ma dan T...

Sessi bergambar lagik.. Sejuk perut Kak Zubaidah dan Abang Shahrel dapat anak-anak yang dah melanjutkan pelajaran di UIAM (Kak Long Aina) dan Universiti Al-Azhar di Mesir (Si kembar Farouk dan Fawas)... Anak-anak yang lain (Am, Fatin & Sakinah) masih bersekolah menengah dan rendah.. Abang Shahrel bekerja di MINDEF dan Kak Zubaidah pulak sanggup berhenti kerja setahun yang lepas di JPJ semata-mata nak memfokuskan diri kepada anak-anak dan beramal ibadah... (Kak Zu dan Abang Shahrel sudah pun menunaikan ibadah haji 7 tahun yang lepas) Uii.. Baiknya.. Murni sungguh niat dia tukan? Sanggup tinggalkan gaji yang dah beribu-ribu tu semata-mata nak jadi suri rumah sepenuh masa.. Aduh....

Seterusnya, T dan suami singgah di Selayang.. Ma, Abah dan family Kak Long terus ke Damansara Damai (umah abang T)... Ini pulak menu-menu kami malam ni...


Dalam pukul 9.00 malam gitu.. Kami ke rumah abang T pulak.. Sebelum balik dari Selayang, sempat bergambar dengan Jah yang nak balik ke Adelaide pada 25/2 ni.. Belajar rajin-rajin ye Jah.. Jaga diri.. Auntie sayang Jah... Muah...
Sampai di umah Abang Yus, sempat makan-makan lagi.. Mana boleh tolak Kari ala mamak Kak Kin ni.. Tambah lak ada Sambal Belacan tu.. Diet? Argh! Lupakan sajalah.. Huhu...

4 comments:

sofeaann said...

fuuhh...best nyer tgk semua lauk2 tu !!! sungguh menyelerakan tul !!!!

Linda Latip said...

sedapnye tieee...kecur air liyor! dah la lama tak blik phg neh...nak ikan patinnnn!!!!!

atty's said...

salam T..napa tak belikan utk kty gak ikan..anto umah..seedap..nya..

Tink said...

adoh sungguh terliorrrrr!!!!

THE ONE AND ONLY

ABOUT ME

My photo
Temerloh, Pahang, Malaysia
seorang yang simple dalam menjalani kehidupan seharian..

MY BLOG DESCRIPTION

Sekadar meluahkan apa saja yang terbuku di hati dan yang terlintas di fikiran.. Apa saja pandangan atau pendapat adalah mengikut kefahaman saya atau peredaran semasa ketika itu.. Saya tidak mengharapkan kalian bersetuju dengan pendapat saya semata-mata.. Kita berhak mengeluarkan pendapat masing-masing.. Bukan begitu? Saya tidak akan sesekali membiarkan mana-mana bloggers mengutuk, menghina atau yang sewaktu dengannya terhadap saya di sini.. Saya bertanggungjawab sepenuhnya terhadap semua corak penulisan dan gambar-gambar yang disiarkan di blog ini.. Hak cipta terpelihara sepenuhnya.. .. Harap maklum... Terima Kasih..

BORAKS

MY BLOG LIST

MY FOLLOWERS

MY PRECIOUS.....

MY PRECIOUS.....