Saturday, January 24, 2009

MY DEAR BLOG.....

Assalamualaikum.......

Pagi ni dalam pukul 6.30 kami keluar daripada rumah Su Da dan meneruskan perjalanan ke Pulau Langkawi.. Singgah di Tapah untuk bersarapan pada pukul 8.30.... Dalam pukul 9.15 pagi kami bergerak dari situ.... Pada pukul 1.30 tgh hari, kami singgah makan di Kuala Kedah dan pada pukul 2.30 petang pula kami tiba di Jeti Kuala Kedah.... Oleh sebab tiket feri yang kami ambil akan bertolak pada pukul 4.30 petang, T pun mengambil peluang itu untuk membaca majalah sahaja.... Sekitar pukul 4.00 petang, kami dah pun masuk ke dalam feri dan dalam pukul 6.30 petang, kami pun tiba di Jeti Pulau Langkawi. Alhamdulillah.... Dah selamat sampai pun... Itu ini begitu begini... Dalam pukul 7.30 malam, kami pun masuklah ke dalam bilik... B ambil 2 bilik Deluxe Twin.. Satu bilik lagi untuk kawannya.. Mandi, solat bagai.. Kami pun keluar untuk dinner di Pantai Cenang.. Rest. Hj. Ramli... Malam ni kami order Tom Yam Campur, Sayur Kailan, Sup Ayam, Ikan Siakap Bakar, Sotong Celup Tepung dan Sotong Bakar.. Selepas makan, dalam pukul 10.40 malam, kami terus masuk ke bilik... Terus tidur... Badan memang penat yang amat.... Em.. Esok nak pegi jalan-jalan ke mana ek??

Cuaca berkabus di waktu pagi... Singgah makan Nasi Lemak dan Teh Tarik di R&R Tapah....

Dapat paper ni percuma di Tol.... Perjalanan dari Subang Jaya ke Kuala Kedah mengambil masa selama 7 jam.....

Setiap kali kami ke Pulau Langkawi atau balik daripada sana, mesti singgah makan di gerai ini dahulu... Keoy Teow Sup dan Cendol Pulut dia sedap sangat...

Nur dan Adib tumpang tengok laptop abang tue.. Suasana di Jeti Kuala Kedah.....

Dah selamat sampai di Pulau Lagenda.. Pulau Langkawi.. Alhamdulillah...

Dalam kereta sewa kami.. Kereta Wira......

Hadapan Hotel Helang.... Di Padang Mat Sirat.. 4 Star Hotel...

Pool....

Bilik kami di Tingkat 2.. No bilik 270....

Transit Louge...

Bilik kami.. Deluxe Twin.....

Posing dulu.... Posing anak-anakku.... Jangan tak posing.. Em.. Uminya tu sekali...




Mandi-manda time....

Dah ready nak keluar g dinner di Pantai Cenang.....

@ Restoran Haji Ramli, Pantai Cenang....


Kenyang... Alhamdulillah......

1 comments:

CRAZY BEAUTIFUL88 said...

bestnyer dapat bercuti ke Langkawi, kak rose belum pun sampai ke saner lagi.

THE ONE AND ONLY

ABOUT ME

My photo
Temerloh, Pahang, Malaysia
seorang yang simple dalam menjalani kehidupan seharian..

MY BLOG DESCRIPTION

Sekadar meluahkan apa saja yang terbuku di hati dan yang terlintas di fikiran.. Apa saja pandangan atau pendapat adalah mengikut kefahaman saya atau peredaran semasa ketika itu.. Saya tidak mengharapkan kalian bersetuju dengan pendapat saya semata-mata.. Kita berhak mengeluarkan pendapat masing-masing.. Bukan begitu? Saya tidak akan sesekali membiarkan mana-mana bloggers mengutuk, menghina atau yang sewaktu dengannya terhadap saya di sini.. Saya bertanggungjawab sepenuhnya terhadap semua corak penulisan dan gambar-gambar yang disiarkan di blog ini.. Hak cipta terpelihara sepenuhnya.. .. Harap maklum... Terima Kasih..

BORAKS

MY BLOG LIST

MY FOLLOWERS

MY PRECIOUS.....

MY PRECIOUS.....