Saturday, January 03, 2009


Dalam kul 5 pas semayang Asar tadi, kuar umah dan g kedai beli Mingguan Wanita, Majalah Dara, Air 100+, Roti Gardenia dan Burger untuk dibawa kepada Mak Su di HOSSAS. Sesampai di hospital adalah 3,4 orang yang mengedarkan sebuah buku yang berjudul "SAKIT". Dia hulurkan buku pada T dan cakap "Nah, akak ambillah buku ni".. T pun amik dan dia kata bagilah sumbangan ikut ikhlas akak... T pun dh rasa lain macam.. Tadi bagi pas tu mintak sumbanganlah pulak.. T tak kata apa dan hulurkan RM3.. Tu je duit kecik yang ada .. Duit lain not RM50 dan RM100.. Then dia kata pulak.. "Akak nak buku sekali ke? Kalau nak buku harga buku RM16.95".. Pulak dah.. Bila dia kata cam tu T pikir dalam hati mamat ni nak pekenakan aku ni.. So, T pun pulangkan balik buku tu kat dia dan kata "Awak amiklah RM3 tu, saya sedekahkan".. Mangkuk ayun punya mamat! Memang sakit betullah... Hangat sungguh hati aku dibuatnya! Nak amik duit orang, macam-macam cara diaorang ikhtiar ye? Teruk sungguhlah perangai... Bila T masuk ke wad adik, ada buku tu atas katil dia.. Kawannya bagi pada dia.. Kawannya kata dia dpt free je buku tu kat lobi bawah tadi.. Pulak dah......

Pas lepak2 dlm sejam gitu, kami pun pulang ke rumah.. Balik umah goreng ayam saja.. Lauk singgang ada lagi buat makan malam.... Sesambil tu dok tengok TV3, MAJALAH 3.. Temerloh masuk tv da.. Pasal Ikan Patin.. Ironinya tokey restoran ikan patin yang tersohor di Temerloh ni, Pak Usop meninggal dunia pada pukul 10.00 pagi tadi disebabkan sakit jantung.. B sempat melawatnya di hospital.... Al-Fatihah bt arwah.... Semoga rohnya dicucuri rahmat dan berada di dalam golongan orang yang beriman.. Amin..

1 comments:

sticker said...

I will pass on your article introduced to my other friends, because really good!
wholesale jewelry

THE ONE AND ONLY

ABOUT ME

My photo
Temerloh, Pahang, Malaysia
seorang yang simple dalam menjalani kehidupan seharian..

MY BLOG DESCRIPTION

Sekadar meluahkan apa saja yang terbuku di hati dan yang terlintas di fikiran.. Apa saja pandangan atau pendapat adalah mengikut kefahaman saya atau peredaran semasa ketika itu.. Saya tidak mengharapkan kalian bersetuju dengan pendapat saya semata-mata.. Kita berhak mengeluarkan pendapat masing-masing.. Bukan begitu? Saya tidak akan sesekali membiarkan mana-mana bloggers mengutuk, menghina atau yang sewaktu dengannya terhadap saya di sini.. Saya bertanggungjawab sepenuhnya terhadap semua corak penulisan dan gambar-gambar yang disiarkan di blog ini.. Hak cipta terpelihara sepenuhnya.. .. Harap maklum... Terima Kasih..

BORAKS

MY BLOG LIST

MY FOLLOWERS

MY PRECIOUS.....

MY PRECIOUS.....