Wednesday, December 31, 2008

MY DEAR BLOG....




Assalamualaikum.....

Hari ni dalam pukul 12.30 tgh hari gitu, T dan anak-anak kuar ke kedai menggunting rambut.. Nak buka sekolah dah ni, rambut tu kenalah kemas skitkan? Settle bab rambut, g car wash berdekatan rumah lak.. Keta kotor sangat.. Sesambil dok menunggu keta tu, terperasanlah akan T akan kulit T yang ada ruam-ruam merah.. Terus call hubby dan hubby pun terus balik dari opis.... Siap keta, terus kami ke Klinik Sulaiman di Bandar Temerloh.... Sejam menunggu giliran gitu.. Aduhai.. Seksanya.. Menunggu lama-lama.... Barulah tiba masa T untuk diperiksa oleh doktor.... T bagitahu T pun ada bengkak gusi dan berdarah.. Dia pun kata nak buat blood test.. Tengok keputusan platlet T dari ari Ahad baru ni 156, ari ni tinggal 86 aje.. So, dia terus bagi surat suh T refer ke Hospital Temerloh.. Dalam 15 minit menunggu sudah dipanggil masuk ke bilik rawatan.. Amik darah lagi.. Nurse tu amik darah T sampai darah T memancut-mancut gitu.. Dasat.. Dasat.. Dahlah rasa sakit... Mengalirla air mata buat kali ke dua.. (Kali pertama tadi masa kat klinik bila doc kata T suspect Demam Denggi)..... Huhuh... Manja betoilah T nikan? Maklumlah tak penah kena sakit.... Hehehee.... Pas tu tibalah saat-saat yang membuhsankan.. Menunggu lagik.... Dalam sejam gitu.. Nasib baiklah ada teman buat bersms.. Siapa lagi kalau bukan my buddy, Emy..... Tq Emy.. Sudi melayan msg2 dari Ruzi tadi.... Dalam kul 6.45 petang gitu, Doktor panggil masuk dan dia kata mmg T kena Demam Denggi.. Dia suh datang esok untuk amik darah lagi.. T kata oklah asalkan tak kena tahan.. So.... Esok, T sambut tahun baru di Hospital Temerlohlah jawabnya.. Tidak bercuti seperti tahun-tahun sebelumnya.. Aduhai..... Kawan-kawan doakanlah T sembuh dalam kadar yang segera ya... T harap T pun cepat-cepat pulih.. Anak-anak nak naik sekolah dah nikan? Tak mahulah sakit-sakit ye? Insya Allah....

7 comments:

aimi @ kamalina said...

T, awak kena denggi ker?? laaa..siannya... get well soon yaaa...semoga tak melarat...

ai said...

alahaiiii..! kene denggi! aku dokan kau cepat sembuh ye T...

salina said...

ala...kesiannya..mmg tgh musim denggi skrg ni..get well soon yea...minum 100 plus dan sup ketam byk2..org kata ok..

nike shoes said...

Very good!

常州麻将 said...

I will pass on your article introduced to my other friends, because really good!

googler said...

fendi bag
fendi hand bag
fendi spy bag
fendi bags
dolce gabbana

zilong471 said...

liver25800

THE ONE AND ONLY

ABOUT ME

My photo
Temerloh, Pahang, Malaysia
seorang yang simple dalam menjalani kehidupan seharian..

MY BLOG DESCRIPTION

Sekadar meluahkan apa saja yang terbuku di hati dan yang terlintas di fikiran.. Apa saja pandangan atau pendapat adalah mengikut kefahaman saya atau peredaran semasa ketika itu.. Saya tidak mengharapkan kalian bersetuju dengan pendapat saya semata-mata.. Kita berhak mengeluarkan pendapat masing-masing.. Bukan begitu? Saya tidak akan sesekali membiarkan mana-mana bloggers mengutuk, menghina atau yang sewaktu dengannya terhadap saya di sini.. Saya bertanggungjawab sepenuhnya terhadap semua corak penulisan dan gambar-gambar yang disiarkan di blog ini.. Hak cipta terpelihara sepenuhnya.. .. Harap maklum... Terima Kasih..

BORAKS

MY BLOG LIST

MY FOLLOWERS

MY PRECIOUS.....

MY PRECIOUS.....