Monday, October 06, 2008

MAJLIS BERTANDANG











Assalamualaikum..
Hari ini merupakan hari bertandang ke rumah pihak lelaki pula. Tak jauh, seberang jalan di depan rumah MY FIL sahaja. Pandai sungguh MY SIL cari jodoh. Heehehee... Alhamdulillah, seusai majlis bertandang, maka selamatlah sudah upacara meraikan kedua mempelai ini. Kami sekeluarga mendoakan kebahagiaan kalian berdua. Selamat menempuhi hidup berumah tangga. Insya Allah...
Sesudah majlis berakhir, kami pun meneruskan perjalanan pulang ke Temerloh. Kali ini, masa perjalanan yang kami tempuhi untuk tiba di rumah pula adalah selama 8 jam. Itu dicampur juga dengan masa yang kami habiskan untuk mencari kedai-kedai makan (semua kedai makan di Kuantan penuh giler beb!!) dan juga ketika mengalas perut makan roti dan minum air panas di stesyen minyak sebelum masuk ke LPT .
Kami selamat tiba di rumah sekitar jam 11.15 malam. Makan Mee Goreng yang dibeli di Rest. Tifa di Temerloh dan terus masuk tidur. Tak larat dah nak buat apa-apa. Punyalah lena tidur, Tuhan saja yang tahu.... huhu.....

1 comments:

Zanna_MamaBatrice said...

kak tie, zana comment terus sekali kat sini erk
1) selamat pengantin baru utk suzana & hubby....cantik adik ipar kak tie
2) meriah majlis kat umah MIl kak tie....theme ijo lagi...
3) simple jer majlis bertandang kat umah lelaki.....alhamdulillah, sumer dah selamat...semoga adik ipar kak tie berbahagia hingga ke akhir amin

THE ONE AND ONLY

ABOUT ME

My photo
Temerloh, Pahang, Malaysia
seorang yang simple dalam menjalani kehidupan seharian..

MY BLOG DESCRIPTION

Sekadar meluahkan apa saja yang terbuku di hati dan yang terlintas di fikiran.. Apa saja pandangan atau pendapat adalah mengikut kefahaman saya atau peredaran semasa ketika itu.. Saya tidak mengharapkan kalian bersetuju dengan pendapat saya semata-mata.. Kita berhak mengeluarkan pendapat masing-masing.. Bukan begitu? Saya tidak akan sesekali membiarkan mana-mana bloggers mengutuk, menghina atau yang sewaktu dengannya terhadap saya di sini.. Saya bertanggungjawab sepenuhnya terhadap semua corak penulisan dan gambar-gambar yang disiarkan di blog ini.. Hak cipta terpelihara sepenuhnya.. .. Harap maklum... Terima Kasih..

BORAKS

MY BLOG LIST

MY FOLLOWERS

MY PRECIOUS.....

MY PRECIOUS.....