Wednesday, October 01, 2008

TERAKHIR RAMADHAN






Assalamualaikum..
Hari ini T sekeluarga pulang ke kampung suami di Kg. Bukit Abal, Pasir Puteh, Kelantan. Perjalanan selama 6 jam tidak terasa lama dan jauhnya setibanya kami di kampung suami pada pukul 3.00 petang tadi. Selepas berehat barang seketika, T dan suami ke Kota Bharu pulak. Singgah di stadium nak membeli juadah berbuka puasa. Alhamdulillah, jumpa jugak makanan Kelate yang dicari-cari selama ini. Kami tiba di rumah pada pukul 7.00 malam dan sempat berbuka puasa bersama adik, abang-abang dan kakak ipar. Sempurnalah sudah 30 hari kita berpuasa di bulan Ramadhan. Entahkan kita bersua lagi ataupun tidak pada masa akan datang??.... Anak-anak T cuma sempat berpuasa selama 27 hari, 3 hari ponteng. Tak larat kata mereka. Tak apalah, tahun depan, cukupkan sebulan ye!!!

0 comments:

THE ONE AND ONLY

ABOUT ME

My photo
Temerloh, Pahang, Malaysia
seorang yang simple dalam menjalani kehidupan seharian..

MY BLOG DESCRIPTION

Sekadar meluahkan apa saja yang terbuku di hati dan yang terlintas di fikiran.. Apa saja pandangan atau pendapat adalah mengikut kefahaman saya atau peredaran semasa ketika itu.. Saya tidak mengharapkan kalian bersetuju dengan pendapat saya semata-mata.. Kita berhak mengeluarkan pendapat masing-masing.. Bukan begitu? Saya tidak akan sesekali membiarkan mana-mana bloggers mengutuk, menghina atau yang sewaktu dengannya terhadap saya di sini.. Saya bertanggungjawab sepenuhnya terhadap semua corak penulisan dan gambar-gambar yang disiarkan di blog ini.. Hak cipta terpelihara sepenuhnya.. .. Harap maklum... Terima Kasih..

BORAKS

MY BLOG LIST

MY FOLLOWERS

MY PRECIOUS.....

MY PRECIOUS.....