Thursday, September 18, 2008

RAMADHAN KE TUJUH BELAS












Hari ini merupakan Hari Nuzul Al-Quran. Di kesempatan cuti hari ini, T dan B mengambil kesempatan untuk keluar ke Bandar Temerloh untuk membeli keperluan hari raya yang bakal menjelma tidak lama lagi. Mula-mula kami ke kedai Kaid Johar dan di situ kami terpikat dengan sebidang tikar bercorak bunga-bunga ros yang amat cantik sekali. Selepas itu kami ke kedai sebelahnya iaitu Butik Rosmart. Beli baju raya kami anak-beranak. Tema hijau menjadi pilihan kami pada tahun ini. Selepas itu, kami singgah pula di The Store untuk membeli barang-barang dapur pulak. Umat manusia punyalah ramai. Naik sesaklah sekejap jalan dan polis trafik pun ada di mana-mana saja untuk mengawal kesesakan lalu lintas. Selepas itu kami terus pulang ke rumah untuk berehat.

B cakap hari ini T tak payah masak sebab tadi dah letih berjalan. T ok aje... hehee.. Untuk juadah berbuka puasa, B pergi membelinya di Restoran Tifa Seafood. Di antara menu-menunya ialah Ikan Siakap 3 Rasa, Tomyam Campur, Kerabu Sotong, Ayam Masak Kicap dan Daging Goreng. B pun turut ke PARAM di kawasan perumahan T dan membeli pula Ikan Talapia Bakar, Kerang Bakar dan sedikit kuih-muih. T di rumah pula cuma menanak nasi dan membuat air blackcurrant Sunquick. Em, yummy... Berselera sungguh makan hari ini.. Lapar sangat rasanya. Syukur kepada Allah di atas rezeki yang dikurniakan-Nya. Alhamdulillah..

Sebelah malamnya pula, T meluangkan masa memeriksa buku-buku sekolah anak-anak T pulak. Juga menyuruh mereka membuat homework. Semoga apabila dewasa kelak, mereka berdua menjadi anak yang soleh, solehah dan berjaya dalam kehidupan masing-masing. Doa umi untuk anak-anak umi yang tersayang ni.. Amin...

8 comments:

shimazahar said...

T.... seronoknya.. jenjalan membeli-belah.. cantik tikar tu.. tu laa T.. ari tu masa kelek kelate.. g pasar pagi jumaat dekat Jelawat.. diorang jual tikar cam tu laa. tapi yang besar sikit dari T punya.. RM 80.00 ... saya dah merenggek2 dengan hubby nak tikar tu...sebab dekat nilai tak dapat harge tu.. tapi bila hubby kata nak letak mana.. baru lah pasrah... habih nak bawak camana.. keta wira nak masuk tikar panjang mana leh...masuk ... time tu geram ajer.. rasa jam tu jugak nak balik KL pinjam keta kakak..huhuuh bleh cam tu.....
entah laa T tak tahu lagi nak masak apa petang nie... lagipun saya ader jemputan makan dekat palm garden untuk berbuka.. dalam 2 lagi nak pergi ke tak nak pergi....

mysha said...

Hye aKAk, sHa singgaH bloK akak masa sHa baca bLog kak sHima.. ambOI banyak shopping kak? teMa warNA tahuN nih hiJAu ek?? eRm banYak ar maKanan akak berBuka..terliUr sHa tgK erm saLam perKenalaN ek aKaK...

Big Mamma Bukhari said...

salam shima..
oklah tu, kalau besar dr tikar t, rm80.. yg t beli ni rm89.90.. dulu lagi berkenan.. tp biarlah dulu.. baru pas antar carpet2 kat umah mak, tgk lantai 0 tu yg beli tikar tu.. ehhee.. oo, kat nilai pun tak dpt harga tu ye.? mmg murah arr harga tikar tu kat kelate ek?.. nanti t emelkan kad kawin my sil tu ye.. tunggu... hehee...

Big Mamma Bukhari said...

my sha.. salam perkenalan dari kak t jugak.. tqvm ya..

mysha said...

aKak sha takder FP la akak huhuuhu..

bibu said...

salam T
cantek tikar tu..last 2 week balik umah mak..mak pon ade beli..kat sini pon ahd misti ade pakistan junjung /ketuk gate tanye nak beli...
baju raya thn ni ke...green?kite kalo balik tak sempat nak jln mana2. insya ALlah raya ni dpt 2-3 hari je

Ayong said...

kak t..dah membeli dan membelah ye..baju raya....kak T dah buat kuih raya lum?? yong mggu ni balik seremban..umah mak..buat kuih sesama ..kalau harap yong buat sengsorang..pakai tak buat lah jawabnye..:)

amboi! yong perasan lauk kak T tu ha...sodap eh!!!!

Zanna_MamaBatrice said...

salam kak tie...
sehari lagi kita dpt menunaikan ibadah puasa, alhamdulillah...

rajin dua badek tu study kat tikar baru yerk...cantik ler kak tie...zana punya yg xde corak...cam tak minat jer yg bercorak nie...tp bila tengok kak tie punya...cantik jugak la.....kat sana baper yerk harganyer kak tie?

baju raya thn nie theme green color yerk kak tie....zana kaler biru tahun nie....tu pun belum siap kat tailor....baju2 batrice yg lelain pun belum beli...mmg tak shopping raya lagi kak tie...tengok ler sabtu nie...cik abg kata nak gi shopping......

soodddaaappppnyer lauk kak tie...
hik hik hik.....kebetulan lark...semlm pun buka zana masak siakap 3 rasa & butter prawn....

THE ONE AND ONLY

ABOUT ME

My photo
Temerloh, Pahang, Malaysia
seorang yang simple dalam menjalani kehidupan seharian..

MY BLOG DESCRIPTION

Sekadar meluahkan apa saja yang terbuku di hati dan yang terlintas di fikiran.. Apa saja pandangan atau pendapat adalah mengikut kefahaman saya atau peredaran semasa ketika itu.. Saya tidak mengharapkan kalian bersetuju dengan pendapat saya semata-mata.. Kita berhak mengeluarkan pendapat masing-masing.. Bukan begitu? Saya tidak akan sesekali membiarkan mana-mana bloggers mengutuk, menghina atau yang sewaktu dengannya terhadap saya di sini.. Saya bertanggungjawab sepenuhnya terhadap semua corak penulisan dan gambar-gambar yang disiarkan di blog ini.. Hak cipta terpelihara sepenuhnya.. .. Harap maklum... Terima Kasih..

BORAKS

MY BLOG LIST

MY FOLLOWERS

MY PRECIOUS.....

MY PRECIOUS.....