Thursday, September 11, 2008

RAMADHAN KE SEPULUH







Petang tadi T dan family telah pulang ke Kuala Krau untuk berbuka bersama ma dan abah T. Mereka demam pulak dan T diberitahu stok makanan di rumah sudah hampir habis. Kesiannya T mendengarnya. T pun bagitahu hubby nak balik hantar stok barang-barang dapur tengahari tadi, tapi hubby cakap tak payahlah balik sorang, kita balik malam nantilah, boleh berbuka puasa bersama-sama. T pun rasa seronok sangat dapat pulang ke rumah ma dan abah. Hari ini cuma juadah ini yang terhidang di atas meja. Hubby pulak cuma membeli seekor ayam pusing, kuih karemal dan akok. Cakap jugak kat hubby, kenapa beli lauk sikit, kan nak makan ramai-ramai nanti. Kalau makan kami 4 beranak, banyak pulak lauk yang dia beli pulak. Pelik betul "tok laki" aku nie.. hehe.. Sedap gak cicah ayam tu dengan sambal cili dan sambal tempoyak yang ma buatkan! Sebelah malamnya, dok layan makan kuih cekodok dan karamel.

Hari ini juga T teruja apabila membaca Berita Harian sebab ada gambar anak sedara hubby T yang belajar di UNISA. Dia pakai kain kotak-kotak tue. Rindunya kat dia!! Dia ke sana pada bulan 2 tahun ini. Insya Allah, hujung tahun ini dia balik bercuti selama sebulan dan kemudian akan terbang pula ke Australia. Jangan lupakan fridge magnet untuk auntie ye Jah!! Hehhee....

2 comments:

Ayong said...

huhuhuhu bila baca kat paper yg salam perantau ni kan,.rasa mcm dah dekat sgt pulak nak raya! :p

lieya_latif said...

wah menu kak t mesti ade puding karamel tu kan....mmg peberet kak t yeak....nyum nyum nyum

THE ONE AND ONLY

ABOUT ME

My photo
Temerloh, Pahang, Malaysia
seorang yang simple dalam menjalani kehidupan seharian..

MY BLOG DESCRIPTION

Sekadar meluahkan apa saja yang terbuku di hati dan yang terlintas di fikiran.. Apa saja pandangan atau pendapat adalah mengikut kefahaman saya atau peredaran semasa ketika itu.. Saya tidak mengharapkan kalian bersetuju dengan pendapat saya semata-mata.. Kita berhak mengeluarkan pendapat masing-masing.. Bukan begitu? Saya tidak akan sesekali membiarkan mana-mana bloggers mengutuk, menghina atau yang sewaktu dengannya terhadap saya di sini.. Saya bertanggungjawab sepenuhnya terhadap semua corak penulisan dan gambar-gambar yang disiarkan di blog ini.. Hak cipta terpelihara sepenuhnya.. .. Harap maklum... Terima Kasih..

BORAKS

MY BLOG LIST

MY FOLLOWERS

MY PRECIOUS.....

MY PRECIOUS.....