Friday, September 19, 2008

RAMADHAN KE LAPAN BELAS







Assalamualaikum...
Hari ini T mengambil baju yang telah dihantar jahit di kedai. T memang puas hati dengan hasil jahitan Tukang Jahit Sayang yang mana kedainya beroperasi di Plaza Temerloh. Sejak 10 tahun lepas, memang dialah tukang jahit yang menjadi pilihan T. Sedap bila memakai baju yang dijahitnya. Terletak dan selesa di badan. Itu yang penting. Harga upah belakang kira...
Untuk menu berbuka puasa, T masak Gulai Ikan Patin Masak Tempoyak, Goreng Ikan Tilapia, Sambal Talang Ikan Masin, ada Ulam Raja, Tembikai dan T juga membuat Air Tembikai Laici. B pula membelikan donut dari Big Apple di Kuantan, (dia ke Kuantan hari ini, dibelinya juga jus minuman Intra sebagai makanan tambahan). Syukur Alhamdulillah dengan rezeki yang kami perolehi hari ini.............

3 comments:

atty's said...

salam T..baju raya dah siap ye..cantik..kaler ijo..

mysha said...

akak sedapnyer sambal akak tu... erm ikan patin mmg glamour ek kat pahang?
bila akak nk masak utK sHa nih?

Zanna_MamaBatrice said...

wah...
kak tie one family minum intra yerk...
ok tak..coz' dulu pernah nak kasi ayah zana try..dia ada gout....tp sampai la nie tak terbeli2 kak....

cantik kaler baju raya kak tie...this year zana warna biru...cik abg complaint ckp cam biru budak sek menengah...he he he..coz' kain zana yg pergi beli sendiri...ceh! cerewet ler org lelaki nie...

sama arr kat tie...zana pun selain setia ngan jahitan mak....setia ngan one tailor nie.....HANNA...plg suke kalu zana tempah baju kurung pahang ngan dia...mmg cantik terletak...kalu pakai tu cutting ala2 kebaya giteww.....he he he..

yg kat atas tu nasi beryanie kan .....soddaaapppnyer....

THE ONE AND ONLY

ABOUT ME

My photo
Temerloh, Pahang, Malaysia
seorang yang simple dalam menjalani kehidupan seharian..

MY BLOG DESCRIPTION

Sekadar meluahkan apa saja yang terbuku di hati dan yang terlintas di fikiran.. Apa saja pandangan atau pendapat adalah mengikut kefahaman saya atau peredaran semasa ketika itu.. Saya tidak mengharapkan kalian bersetuju dengan pendapat saya semata-mata.. Kita berhak mengeluarkan pendapat masing-masing.. Bukan begitu? Saya tidak akan sesekali membiarkan mana-mana bloggers mengutuk, menghina atau yang sewaktu dengannya terhadap saya di sini.. Saya bertanggungjawab sepenuhnya terhadap semua corak penulisan dan gambar-gambar yang disiarkan di blog ini.. Hak cipta terpelihara sepenuhnya.. .. Harap maklum... Terima Kasih..

BORAKS

MY BLOG LIST

MY FOLLOWERS

MY PRECIOUS.....

MY PRECIOUS.....