Wednesday, September 24, 2008

RAMADHAN KE DUA PULUH TIGA






Assalamualaikum...
Fakta:-
# Hari ini T mendapat kad hari raya daripada sahabat T yang jauh di mata. Nun di Singapura sana. Sudah berbelas tahun kami berkawan. Hampir 16 tahun. Tidak pernah bersua muka. Sekadar surat, telefon dan emel pengganti diri. Suatu hari nanti, pasti kita dapat bertemu juga my dear Juana!
# Untuk juadah berbuka puasa pula, T memasak Kari Kerang, Ayam Masak Merah dan Ikan Tilapia goreng. Air pula Fresh Orange. Lain-lain lauk dan kuih hubby T telah membelinya di Pasar Ramadhan. Manakala anak saudara T, Anas sudi memberikan Kuih Ketayap dan Onde-Onde yang dibuat oleh adiknya, Anis. Tq so much my dear! Sedap kuih tu Anis!!
# Di kesempatan ini, T mengambil kesempatan ingin memohon ampun dan maaf sekiranya T ada membuat salah dan silap sepanjang perkenalan kita di alam maya ini. Mudah-mudahan kita semua bergembira bersama keluarga pada hari raya yang bakal kita sambut tidak lama lagi. T sekeluarga mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. MAAF ZAHIR DAN BATIN.

5 comments:

Ayong said...

kak t dah dpt duit raya????? alalalalala kita nak jugakkkkk hahahahahhaha.
salam aidilfitri utk kak t sekeluarga ye..

Zanna_MamaBatrice said...

murah rezeki 2 badek tu...
lamanyer kak tie kawan ngan kak juana tu....16 thn..tnp bertemu....betul2 cyber lah kak tie......

belum raya, adib & nur dah collect duit raya...nanti raya, sure lagi banyak dpt......

shimazahar said...

salam T....
T dah nak balik kelantan yer.. selamat yer T.. jalan bebaik tau...
saya balik kelantan hari raya kedua.. saya raya rumah mak saya dulu .. saya dekat kelantan sampai hari selasa.. rabu pagi baru bertolak balik ke KL.. a'a la T.. sakit gigi plak.. lagi pun gigi nie mmg dah lama berlubang.,. nak pergi klinik tak pergi-pergi.. sampai laa bulan pose nie.. tapi cakap jugak dengan hubby.. nanti bila cuti pose bleh laa pergi cabut.. rupanya gigi nie dah bagi warning.. nasib baik time tak leh pose... so tak dek laa tinggal pose lelama.. hehehe........... T insyaAllah.. kenduri rumah mak mertua T tu saya akan pergi.. hubby pun kata ok... bleh tak T bagi no H/P T.. nanti kalau sesat leh tepon T.. dan saya ucapkan
SELAMAT HARI RAYA , MAAF ZAHIR DAN BATIN.. UNTUK T SEKELUARGA MAAF SEKIRANYA ADER TERASA HATI DENGAN KATA-KATA SAYA DI BLOG NI ATAU DI FP

atty's said...

salam t...balik kelate ye..

kyatt blik raya bangi dulu..lps solat raya balik umah mil..melaka..

T..amik gak.kad raya kt blog kyatt ye

Anonymous said...

surveymonkey stigmatised ellipses anxious anonymously talk politicians versa mouch countercheck feathers
lolikneri havaqatsu

THE ONE AND ONLY

ABOUT ME

My photo
Temerloh, Pahang, Malaysia
seorang yang simple dalam menjalani kehidupan seharian..

MY BLOG DESCRIPTION

Sekadar meluahkan apa saja yang terbuku di hati dan yang terlintas di fikiran.. Apa saja pandangan atau pendapat adalah mengikut kefahaman saya atau peredaran semasa ketika itu.. Saya tidak mengharapkan kalian bersetuju dengan pendapat saya semata-mata.. Kita berhak mengeluarkan pendapat masing-masing.. Bukan begitu? Saya tidak akan sesekali membiarkan mana-mana bloggers mengutuk, menghina atau yang sewaktu dengannya terhadap saya di sini.. Saya bertanggungjawab sepenuhnya terhadap semua corak penulisan dan gambar-gambar yang disiarkan di blog ini.. Hak cipta terpelihara sepenuhnya.. .. Harap maklum... Terima Kasih..

BORAKS

MY BLOG LIST

MY FOLLOWERS

MY PRECIOUS.....

MY PRECIOUS.....