Friday, September 26, 2008

RAMADHAN KE DUA PULUH LIMA





Assalamualaikum....

Hari ini T berkesempatan ke Pejabat Pos Mini di kawasan sekitar perumahan T untuk mengepos kad-kad raya kepada kawan-kawan masa bersekolah dahulu. Setiap tahun beginilah T. Memang setia mengepos kad-kad raya untuk mereka walaupun jarang ada balasannya. Tapi T tak kisahlah, asalkan lepas hajat T nak menghantar kad ucapan hari raya seperti kebiasaannya. Sejak T tamat sekolah menengah tingkatan lima dahulu iaitu sekitar tahun 1996. Ada yang kian menyepi, namun masih ada lagi berhubungan walaupun sekadar sms dan telefon pengganti diri. Yalah, masing-masing sibuk dengan kegiatan harian masing-masing. Itu tuntutan yang tak boleh lari dah tu. Apa-apa pun, T sentiasa berdoa agar kami dapat berkumpul semula suatu hari nan indah nanti. T yakin tentang itu. Insya Allah................

Hubby T ke KL tengah hari tadi. Ada kerja di sana dan dia pun berbuka puasa di sana jugak. Untuk juadah berbuka puasa, T masak Sotong Masak Hitam, Goreng Ikan Selar, dan ada budu, ulam timun dan buah oren sebagai pencuci mulut. Alhamdulillah, kenyang makan tiga beranak tadi...
Balik dari KL tadi, B tunjukkan baju-baju yang telah dibelinya di SOGO. Dia belikan kemeja untuk ayahnya dan juga abah T. Kenalah adilkan? ehhee.. Manakala sehelai baju kerja POLO, untuk dia pakai pergi ke pejabat..

3 comments:

shimazahar said...

salam T...
tulah terkejut gak saya semalam dapat sms ingat kan saper rupanya dari T... tak per... lagi pun masa T hantar sms tu saya tgh dok relax... heheheheeee..... insyaAllah... saya mungkin akan sampai bukit abal tu.. heheheeee.... sedapnya sotong masak hitam tu.. favourite saya tu... ermmmm yummy...........

atty's said...

T,,,naapa tak antar kat kakyatt gak..mesti kakyatt balas.kalo T..kasi add..

farah amoi said...
This comment has been removed by the author.

THE ONE AND ONLY

ABOUT ME

My photo
Temerloh, Pahang, Malaysia
seorang yang simple dalam menjalani kehidupan seharian..

MY BLOG DESCRIPTION

Sekadar meluahkan apa saja yang terbuku di hati dan yang terlintas di fikiran.. Apa saja pandangan atau pendapat adalah mengikut kefahaman saya atau peredaran semasa ketika itu.. Saya tidak mengharapkan kalian bersetuju dengan pendapat saya semata-mata.. Kita berhak mengeluarkan pendapat masing-masing.. Bukan begitu? Saya tidak akan sesekali membiarkan mana-mana bloggers mengutuk, menghina atau yang sewaktu dengannya terhadap saya di sini.. Saya bertanggungjawab sepenuhnya terhadap semua corak penulisan dan gambar-gambar yang disiarkan di blog ini.. Hak cipta terpelihara sepenuhnya.. .. Harap maklum... Terima Kasih..

BORAKS

MY BLOG LIST

MY FOLLOWERS

MY PRECIOUS.....

MY PRECIOUS.....