Monday, September 01, 2008

MERDEKA DI MELAKA


















Tahun ini kami sekeluarga menyambut Hari Kemerdekaan Negara yang ke 51 di Melaka Bandaraya Bersejarah. Macam biasa kalau datang Melaka sure tidur di rumah birasku, Shikin di Sg. Rambai. Kalau tak dia merajuk nanti. Hehehe....

Petang 30/08 kami sampai ke rumah Shikin dan dijamunya kami makan nasi dengan pelbagai lauk-pauk yang dimasaknya. Shikin memang seorang yang pakar memasak! Untuk pengetahuan dia boleh menyediakan makanan iaitu nasi beriani untuk 300 orang makan. Fuh! Terer tu beb! Kalau suruh aku dah lama aku angkat bendera putih. Tanda tak nak lah tue! Hehehe....

Sebelah malamnya, kami ke Malacca River Pirate Park. Seronok naik Pirate Ship dan Eye On Malacca tu. Then jenjalan jap kat Malacca Uptown sebelum pusing-pusing bandar Melaka dan pulang tidur di rumah.

Tadi pas bekfes, kami keluar jenjalan ke Mahkota Parade dan kemudiannya ke Jaya Jusco. Beli baju raya anak-anak. Manusia usah ceritalah. Memasing dok berebutkan baju-baju yang semuanya ada potongan harga istimewa. Selesai sessi pembayaran baju-baju tu semua, kami singgah dinner di Rest. D'Nangka. Dekat ngan Malacca Water City Hotel. Then terus bersantai-santai saja di rumah biras. Memang tak puas berjalan-jalan di Melaka. Banyak lagi tempat yang belum aku terokai, kalau ada tempat yang dah pegi pun, terasa-rasa nak pegi lagi, hehee.. Insya Allah, aku pasti kembali lagi....

0 comments:

THE ONE AND ONLY

ABOUT ME

My photo
Temerloh, Pahang, Malaysia
seorang yang simple dalam menjalani kehidupan seharian..

MY BLOG DESCRIPTION

Sekadar meluahkan apa saja yang terbuku di hati dan yang terlintas di fikiran.. Apa saja pandangan atau pendapat adalah mengikut kefahaman saya atau peredaran semasa ketika itu.. Saya tidak mengharapkan kalian bersetuju dengan pendapat saya semata-mata.. Kita berhak mengeluarkan pendapat masing-masing.. Bukan begitu? Saya tidak akan sesekali membiarkan mana-mana bloggers mengutuk, menghina atau yang sewaktu dengannya terhadap saya di sini.. Saya bertanggungjawab sepenuhnya terhadap semua corak penulisan dan gambar-gambar yang disiarkan di blog ini.. Hak cipta terpelihara sepenuhnya.. .. Harap maklum... Terima Kasih..

BORAKS

MY BLOG LIST

MY FOLLOWERS

MY PRECIOUS.....

MY PRECIOUS.....