Tuesday, August 26, 2008

CUTI-CUTI @ PULAU PINANG





































Seronoknya dapat ke Pulau Pinang setelah kali terakhir aku ke sana pada bulan Mac tahun lepas. Teruja sekali rasanya bila hubby call dari opis ari Jumaat tu, suh aku packing baju nak ke Penang. Dia dah tempah bilik di Hotel Paradise Sandy Beach Resort, Batu Feringghi. Kami bertolak dari Temerloh pada pukul 12.00 tgh hari dan sampai di hotel pada pukul 7 malam. Aku sempat menelefon kakakku, Arina yang tinggal di Kulim, Kedah untuk menyertai kami di Penang. Sebelah malam kami dinner di cafe hotel saja. Dah penat memandu. Malas nak cari makan di luar. Malamnya berborak-borak ngan kakak dan anak-anak sedaraku yang 2 orang itu, Hafiz dan Amirul.

Pepagi aku bangun dan sambung berbual bersama kakakku. Dalam pukul 9 pagi, kami semua turun ke cafe untuk bersarapan. Sempat posing-posing di sekitar hotel dan masuk ke bilik nak berkemas-kemas untuk check out pulak. Selepas check out dari hotel, kami mencari hotel lain pulak untuk menginap malam sabtu tu. Setelah mencari-cari, akhirnya hubby mengambil keputusan untuk mengambil bilik di Holiday Inn Resort, Batu Feringghi. Kami masuk ke bilik dan sempat bergambar-gambar jap sebelum keluar ke bandar. Arah tujuannya nak pegi tempat menjual jeruk-jeruk yang memang dah sinonim ngan Penang ni. Pas siap memborong jeruk, kami ke Bukit Jambul nak pekena nasi kandaq. Siap tapau pasemboq untuk makan di bilik pulak nanti. Sedap sungguh rasa makanan-makanan kat Penang ni. Tapi dalam pada tu, aku kenalah jaga makan jugak. Tak lehlah makan sembarangan.

Pas pusing-pusing di bandar, kami pulang ke hotel dan ke kolam juga pantai berdekatan hotel. Anak-anak apalagi, memang seronoklah bermandi-manda. Aku sekadar mengambil gambar-gambar di tepi pantai dan kolam. Sungguh mengujakan sekali dapat melihat sunset di sini. I'm so happy to be here!!

Malamnya, kakakku pun pulang ke Kulim. Nanti raya kita jumpa ye!! Kami pula keluar untuk dinner di Hotel Paradise. Sedap-sedap makanan kat sini. Memang berbaloi sungguh makan-makan kat sini. Tapi dalam pada tu, aku masih beringat-ingat apa yang aku makan. Takut kena penyakit di kemudian hari. Balik dari dinner, kami pusing-pusing pulak kat Pasar Malam Batu Feringghi. Memang best. Nak-nak bila aku jumpa fridge magnet Penang kat situ. Benda wajib yang aku beli setiap kali ke mana-mana makan angin. Pas tu kami pulang ke bilik dan berehat-rehat menonton tv sebelum masuk tidur. Emmmmmm....

Pagi Ahad, pas bekfes kat cafe hotel, kami ke Taman Herba dan Taman Rama-Rama. Syiok amik-amik gambar. Rama-rama terbang dengan sebebas-bebasnya. Anak-anak aku pun seronok di sini. Maklumlah, tak penah jumpa rama-rama secara live yang banyak-banyak macam tu... hehhehe.. Sempat singgah di kedai kat situ nak beli fridge magnet. Pas tu kami singgah lunch nasi kandaq lagi sebelum pulang ke Temerloh. Anak-anak dok bertanya sepanjang jalan pulang, "umi, bila lagi kita nak pegi Penang, syok arrr".. Alahai anak-anak umi nie...

0 comments:

THE ONE AND ONLY

ABOUT ME

My photo
Temerloh, Pahang, Malaysia
seorang yang simple dalam menjalani kehidupan seharian..

MY BLOG DESCRIPTION

Sekadar meluahkan apa saja yang terbuku di hati dan yang terlintas di fikiran.. Apa saja pandangan atau pendapat adalah mengikut kefahaman saya atau peredaran semasa ketika itu.. Saya tidak mengharapkan kalian bersetuju dengan pendapat saya semata-mata.. Kita berhak mengeluarkan pendapat masing-masing.. Bukan begitu? Saya tidak akan sesekali membiarkan mana-mana bloggers mengutuk, menghina atau yang sewaktu dengannya terhadap saya di sini.. Saya bertanggungjawab sepenuhnya terhadap semua corak penulisan dan gambar-gambar yang disiarkan di blog ini.. Hak cipta terpelihara sepenuhnya.. .. Harap maklum... Terima Kasih..

BORAKS

MY BLOG LIST

MY FOLLOWERS

MY PRECIOUS.....

MY PRECIOUS.....