Thursday, August 14, 2008

BERITAHU PADA PEREMPUAN ITU


Beritahu pada perempuan itu
Dirinya ibarat kaca
Disentuh terguris
Dihantuk serpih
Dihempas berkecai

Beritahu pada perempuan itu
Jaga tutur kata
Cakap tinggi nanti dibenci
Terlalu rendah dipijak pula
Cakap sombong mengundang lawan
Hati-hati meluah kata
Kerana pulut santan binasa
Kerana mulut badan binasa

Beritahu pada perempuan itu
Jaga tingkah laku
Harga diri letak di situ
Jangan meluru ikut telunjuk nafsu
Sekali tersilap langkah
Akan dihukum selamanya
Keturunan dicerca tidak susah
Menyesal kemudian bukan faedah

Beritahu pada perempuan itu
Jaga pakaian
Ia cermin peribadi
Juga lambang bangsa
Di mana dan dalam keaadaan macam manapun
Biar orang kenal
Dia orang Melayu

Beritahu pada perempuan itu
Simpan secebis malu
Kerana malu sebahagian dari iman!!!


0 comments:

THE ONE AND ONLY

ABOUT ME

My photo
Temerloh, Pahang, Malaysia
seorang yang simple dalam menjalani kehidupan seharian..

MY BLOG DESCRIPTION

Sekadar meluahkan apa saja yang terbuku di hati dan yang terlintas di fikiran.. Apa saja pandangan atau pendapat adalah mengikut kefahaman saya atau peredaran semasa ketika itu.. Saya tidak mengharapkan kalian bersetuju dengan pendapat saya semata-mata.. Kita berhak mengeluarkan pendapat masing-masing.. Bukan begitu? Saya tidak akan sesekali membiarkan mana-mana bloggers mengutuk, menghina atau yang sewaktu dengannya terhadap saya di sini.. Saya bertanggungjawab sepenuhnya terhadap semua corak penulisan dan gambar-gambar yang disiarkan di blog ini.. Hak cipta terpelihara sepenuhnya.. .. Harap maklum... Terima Kasih..

BORAKS

MY BLOG LIST

MY FOLLOWERS

MY PRECIOUS.....

MY PRECIOUS.....