Sunday, July 27, 2008

MAKAN GULAI IKAN PATIN MASAK TEMPOYAK...


Salam semua.. ari ni T n family g makan tgh hari kat Rest. S.Z. Rahmah kat Batu 3, Maran. Paling best pekena gulai ikan patin masak tempoyak. Itu menu yg paling glamer kat sini. Kalau nak tahu pelanggan2 yg selalu dtg makan kat rest ni semuanya orang kaya2 tau! Datang naik keta besar2. Org2 KL pun ramai dtg makan kat sini. Tapi kami tak kayalah. Adalah datang makan sesekali kat sini. Harganya agaklah mahal jugak. Macam kami makan tadi, hubby bayar RM80. Kalau amik bahagian kepala ikan patin tu tokey caj RM35. Kalau badan pulak RM18. Maklumlah ikan patin sungai. Tapi rasanya mmglah very the sedap. Hehehe.. Restnya biasa2 aje. Ala2 kampung aje, tapi menjadi pilihan ramai warga Temerloh hinggalah kepada Sultan Pahang. Mmg port dialah ni. Kepada yg lalu jalan Maran nanti, sudi2lah singgah di rest ni ye? Anda pasti tidak rugi, kalau nak rasa gulai ikan patin masak tempoyak yg sebenarnyalah... Oklah, T nak g sambung makan nasi yg T tapau tadi. Tak puas makan kat rest tadi, hehee.....


0 comments:

THE ONE AND ONLY

ABOUT ME

My photo
Temerloh, Pahang, Malaysia
seorang yang simple dalam menjalani kehidupan seharian..

MY BLOG DESCRIPTION

Sekadar meluahkan apa saja yang terbuku di hati dan yang terlintas di fikiran.. Apa saja pandangan atau pendapat adalah mengikut kefahaman saya atau peredaran semasa ketika itu.. Saya tidak mengharapkan kalian bersetuju dengan pendapat saya semata-mata.. Kita berhak mengeluarkan pendapat masing-masing.. Bukan begitu? Saya tidak akan sesekali membiarkan mana-mana bloggers mengutuk, menghina atau yang sewaktu dengannya terhadap saya di sini.. Saya bertanggungjawab sepenuhnya terhadap semua corak penulisan dan gambar-gambar yang disiarkan di blog ini.. Hak cipta terpelihara sepenuhnya.. .. Harap maklum... Terima Kasih..

BORAKS

MY BLOG LIST

MY FOLLOWERS

MY PRECIOUS.....

MY PRECIOUS.....